Friday 22 July 2011

forum-panel pertama

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang petah berkata-kata membawa rasional persoalan.Terlebih dahulu, assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan panel yang lain dan hadirin yang dihormati sekalian. Jikalau dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan sendiri, obesiti terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Namun, punca utama kepada masalah ini adalah disebabkan faktor corak pemakanan individu itu sendiri. Hal ini disokong dengan bukti yang menunjukkan bahawa hampir sebahagian besar penduduk Malaysia mengalami obesiti disebabkan oleh corak dan amalan pemakanan yang tidak seimbang berlandaskan piramid makanan. Apatah lagi, bagi mereka yang mempunyai selera makan yang tidak terkawal. Pencetus kepada selera makan yang melampau ini dikatakan terjadi apabila sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’ rosak. Orang yang gemuk lebih responsif terhadap isyarat lapar luaran seperti rasa dan bau makanan dibandingkan dengan orang yang normal berat. Orang yang gemuk cenderung makan walaupun bukan pada waktu mereka berasa lapar. Pola makan yang berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, gaya hidup yang kurang aktif juga menjadi punca kepada berlakunya masalah obesiti.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan  mampu menambahkan berat badan. Emosi turut memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?Bila anda berasa tertekan , marah , stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung  akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan pada ketika itu. Kegemukan juga boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik turut ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.


Friday 10 June 2011

Midyear Punye School Holiday for 2011

Masa entry ni ditulis, cuti pertengahan tahun juz tinggal berape kerat hari je kot . Korg sendiri mesti fahamkan perasaan bile kene menapak balik kat sekolah yang da berminggu korg buang jauh2 dari ingatan korg (especially for those yang kene ngadap midyear exams papers sebelum cuti hari tu) . bagi aQ sendiri , HARUSLAH ! . bohong la weyh kalau kau kata dari start cuti sampai la last day cuti, wajah tembok depan yang diukir nama sekolah disertakan dengan alamat penuh tu selalu je terpahat kat benda alah pink dalam kepala kau tuh . hak ! . .satu pembohongan yang nyata melainkan kau tu seorang student yang komited dan paling penting, bersih dari jadah merit-demerit tuhh .

normally, holiday aQ dari sekolah rendah sampai sekarang tkde apa2 yang WAUUWAUWAWAUU(mcm hazama punye adlibs tyme kons af).da tuhh,lekat kat umah je doe....ape la sangat yg boleh dibuat melainkan ini :<mengilai sorg diri depan tv (especially bile nengok BOF-funny parts)><melahap segala sumber kalori yg ada (ini mmg HARUS..sebelum adek2 aQ yg rembat dulu,yeahh!!)><membuta...penutup kpd dua aktiviti sebelum ni>

Tapi cuti kali ini ada lain sikit.boleh la,...tu pon thanks kepada cousin aQ sbb dy buat walimatul-urus . haha..dpt jugak aQ keluar dari BP nih.majlis tu nun di mersing sinun...boleh tahan kematu jugak bun*** ni (biase r orang tak biase jalan jauh)..walaupun pergi umah cousin je,tp aQ rase ok la tu kot...drpd duk melangok kat umah.

Orang kate sambil menyelam minum air kan? , hee~..alang2 da sampai kat mersing ni..family aQ ngan sorg cousin aQ pon pergi laa ke pantai tanjung leman.eeeeiii,,,ingatkan dapat mandi kat stu tapi hampa lijahh, parents aQ tak izinkan sbb air pasang katanya.pasang ke? ~ ntahlaa , aQ tengok syokk je org yg mandi2 kat pantai tuu...takde yg terkapai-kapai sbb lemas pun . Herrhhh~ikut je la apa parents aQ cakap . So , kitorang juz jalan2 ajela kat tepi pantai...jelez syiaakk aQ nengok org lain beronok-ronok mandi kat pantai tuu.
hwaaa~nak mandi jugakkk!!!

tu je r citenya . Bab homework pula,tak payah tanya ahhh.....ngee~.memang menjadi adat Nurul Farhana untuk melakukan kerja pada saat2 akhir >baru la challenging<.
k , bubbye!!


p/s untuk aQ : bersedia la kau untuk dicampak fail bm kau dari tingkat 4 isnin nanti..yeahh~i`ll be strong..insyaallah.

Tuesday 7 June 2011

mengalu-alukan diri sendiri ke dunia blogging

first of all, mestila kne kasik intro..tak perlu kot tulis pasal diri aQ kat sni..ade ruangan khas kan untuk pengenalan diri?,hee~...

hmmm,sebenarnya apsal aQ menyibukkan diri dalam dunia blogging ni ek?...aQ sendiri pon kurang pasti sebenarnya (isshh..mane pendirian kau?)..ye la kot..mungkin sebab sekarang ni da ramai yang sibuk2 nk buat blog..aQ pon nak buat jugaklaa...apatah lagi bila baru2 ni aQ bukak satu blog ni,ommakk aiii~....budak umur 12 da ada blog,reti blogging...huwaaa,rase tercabar laaa...but at the same time,bangge jugak laa...nampak sangat budak2 halus(panggilan untuk kanak2 12 tahun kebawah oleh ibuku) kat malaysia pada zaman sekarang ni da bijak pandai kan??...tak macam aQ mase umur 12 tahun,boleh laa tau skit2 pasal komputer...haha,setakat taip karangan kat microsoft office words ngan buat presentation nan hado kat powerpoint tu je yang aQ tau mase tuu....naek form 1 kot...baru berkembang sikit palutak aQ pasal dunia luar sebab da tau guna internet (yayy!!..farhana majuuu..haha)..

now farhana,you own your own blog...hmmm,make it useful yarrhh...for you and everybody else around you..
insyaallah...i try my best..
and for sure,,SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOGGING !!
(>_<)