Friday, 22 July 2011

forum-panel pertama

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang petah berkata-kata membawa rasional persoalan.Terlebih dahulu, assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan panel yang lain dan hadirin yang dihormati sekalian. Jikalau dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan sendiri, obesiti terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Namun, punca utama kepada masalah ini adalah disebabkan faktor corak pemakanan individu itu sendiri. Hal ini disokong dengan bukti yang menunjukkan bahawa hampir sebahagian besar penduduk Malaysia mengalami obesiti disebabkan oleh corak dan amalan pemakanan yang tidak seimbang berlandaskan piramid makanan. Apatah lagi, bagi mereka yang mempunyai selera makan yang tidak terkawal. Pencetus kepada selera makan yang melampau ini dikatakan terjadi apabila sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’ rosak. Orang yang gemuk lebih responsif terhadap isyarat lapar luaran seperti rasa dan bau makanan dibandingkan dengan orang yang normal berat. Orang yang gemuk cenderung makan walaupun bukan pada waktu mereka berasa lapar. Pola makan yang berlebih inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, gaya hidup yang kurang aktif juga menjadi punca kepada berlakunya masalah obesiti.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan  mampu menambahkan berat badan. Emosi turut memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?Bila anda berasa tertekan , marah , stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung  akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan pada ketika itu. Kegemukan juga boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik turut ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.